Saturday, February 7, 2009

Produk dilabel haram di Malaysia

Fakta: Baru-baru ini satu seminar/ taklimat telah diadakan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khusus mendedahkan produk haram yang berada dipasaran dan meminta orang-orang Melayu/Islam berhenti menggunakannya. Berikut disenaraikan secara ringkas produk tersebut dan serba sedikit huraiannya.

  • COLGATE keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam dikatakan haram kerana bercampur lemak babi. Colgate 125ml yang berada dipasaran sekarang sah diimpot dari Thailand.
    AJI NO MOTO keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam dikatakan haram kerana bercampur lemak babi.Aji No Moto juga disahkan oleh doktor mengandungi MSG (Mono Sodium Glutamate) berlebihan yang boleh mereputkan daging dan menggugurkan rambut dengan cepat. Bagaimanapun produk Aji No Moto keluaran Jalan Kuchai Lama (Malaysia) disahkan bebas dari lemak babi.

  • COKLAT. Semua coklat yang diimpot dari luar negara mengandungi lemak babi atau pun sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui. Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD 164 disahkan mengandungi lemak babi.

  • FISHCAKE; FISHBALL; MEE & KOYTIAW BASAH Keluaran bukan Islam disahkan mengandugi ramuan campuran lemak babi supaya produk tahan lama.

  • BERUS-BERUS SONGKOK, KASUT, CAKE. Babi ternak di Malaysia tidak berbulu. Tetapi babi tunggal dikatakan berbulu. Dinegeri China terdapat babi ternak yang khusus menghasilkan bulu seperti ternakan biri-biri. Berus untuk songkok, kasut dan cake disahkan adalah bulu-bulu babi dari negeri China.

  • ROTI HIGH 5 ( HIGH FIVE ) Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandugi/dicampur/diproses dari ragi babi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita/surat layang mengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang irihati dengan pencapaian /kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yang amat peka dengan sensitivity umat Islam mengenai pemakanan halal/haram. Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negara Malaysia. Produk keluaran gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS). Ini disahkan oleh Setiausaha PPIM Dr. Maamor Osman. Roti Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.

  • REMPAH KARI ALLAGAPA; BABAS; SAKHTY & CAP MATA Keempat-empat jenama kari diatas tidak mengandungi lemak babi TETAPI 40% hasil jualannya digunakan untuk membuat/menambah/memperelok kuil-kuil Hindu di Malaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh masyarakat Islam Gujerat India. Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja rancangan-rancangan hiburan TV (terutamanya lagu dan filem Hindi) supaya bersesuaian dengan selera orang Melayu yang sejak dari dulu lagi lagu dan filem Hindi ini ibarat isi dengan kuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka. Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah nombor 786. Orang-orang veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yang ditanya mengenai nombor ini menyatakan dengan berbagai pendapat. Tetapi apa pun jawapannya nombor ini adalah kod untuk Bismillah yang cara amalannya mereka saja yang tahu. Malangnya kod ini (786) diselewengkan oleh puak-puak Hindu apabila mereka juga melabelkan papan iklan kedai dengan nombor tersebut untuk mengabui umat Islam. Tidak hairan lah dewasa ini kalendar orang-orang India Muslim yang menggunakan gambar Kaabah dan ayat suci Al-Quran dicetak/ditaja oleh Palanniappa, Sakhty dan Babas. Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberapa restoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana bandar terutama di Taiping dan Ipoh. Pastikan perniagaannya oleh orang Islam dan ayam nya halal... Di Taiping ada restoran nasi kandar, pembuat roti nan dan toseh dari pekerja Hindu dan ayam dibekalkan oleh Cina

  • COCA COLA lagi...jenama minuman yang mempunyai agendanya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahu kah saudara tulisan Coca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka tulisannya boleh dibaca dan akan membawa maksud 'Laa' Mekah Laa'Muhammad (Tiada Allah Tiada Muhammad) Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua diMalaysia yang berjaya memboikot Coca Cola dan dikatakan jualannya diPerak merosot sehingga 60%. Syabas warga Perak.

  • SARDIN TIN MERAH Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi ~ haram dimakan.

  • KENTUCKY FRIED CHICKEN Perkara yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu sendiri. Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih hanya dibaca pada permulaan/pertama sahaja manakala yang lain-lain nya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu/berpusing untuk disembelih. Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan masalah KFC ini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan was-was elok lah kita tinggalkan. Keadaan ini sama lah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannya dimana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah bekas/raga. Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.

  • TEH HAILAM Orang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yang pagi-pagi lagi mesti kena teh Hailam. Sedap katanya. Minum pula dalam cawan berbunga. TETAPI tahu kah kita apa kah cara tradisional teh ini dibuat. Seorang Mualaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa pada setiap pagi towkay kedai ketika sedang menggosok gigi dan ketika masa yang sama akan membenamkan berus gigi kedalam bekas membancuh teh atau apa-apa jua bekas untuk teh tersebut. Itu lah resepinya. Bunyinya memang lucu tetapi itu lah hakikatnya.

  • TESCO IPOH Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh dan ingin menjamu selera diingatkan supaya berhati-hati apabila singgah makan dimana-mana warung dalam Tesco. Hampir kesemua gerai-gerai makanan dipunyai oleh bukan Islam ( Cina ) dan mengupah pekerja Melayu untuk RUN bisnes tersebut. Masalah utama ialah ayam digerai ini di supply oleh Cina. Hanya sebuah gerai (Western Food ) saja yang disahkan betul-betul halal dan dijalankan sendiri oleh seorang pemuda Melayu.

RENUNGAN Dipasaran sejak akhir-akhir ini kita dikaburi dengan jenama-jenama yang seolah-olah bercirikan Islam. Contoh : Bahan makanan kering yang dibungkus dengan gambar masjid diluarnya dan bunyi syarikat pembuat seperti bahasa/bunyi Arab yang kadangkala kita tak ambil kisah langsung. Dipasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah, Zaitun dan Aminah Hassan dikenalpasti barang-barang keluaran bukan Melayu/Islam.Bisnes ini sebenarnya telah bertukar tangan. Selain itu alasan paling mudah adalah mana mungkin produk Melayu boleh masuk pasar raya. Bagaimana pula dengan kicap Thamin.....????? Kicap Thamin HALAL tetapi difahamkan ia terpaksa mengupah salesman Cina dengan bayaran RM7,000.00 untuk membolehkan produk tersebut memasuki pasar raya

Mencari yang halal fardu bagi Umat Islam...

0 comments:

Post a Comment

  ©.