CERITA PELIK : 15 tahun vs 2 tahun?
“Kenapa aku dan kawan-kawan masih lagi tidak mampu bercakap bahasa arab dengan lancar sedangkan boleh dikatakan dah hampir 10 atau 15 tahun kitorang belajar bahasa arab”.. ya, kalau setakat cakap ayat-ayat mudah tu bolehlah, tapi kalau nak bercakap dengan pensyarah arab, terburai juga isi otak nak bercakap dengan mereka.. kawan-kawan tak rasa pelik ke? Kenapa kita masih lagi tak mampu bercakap bahasa arab?
Suatu ketika dahulu, student cina dah pernah datang ke USIM, iaitu geng-geng Fatina dan rakan-rakannya. Habis kita semua dibandingkan dengan mereka, kerana mereka hanya belajar bahasa arab selama dua tahun dah boleh bercakap bahasa arab. Kenapa ea dorang boleh bercakap bahasa arab dengan mudah sedangkan secara azali bahasa arab bukanlah bahasa ibunda atau bahasa dalam ibadat mereka.
Untuk perkara ni, aku dah temuramah beberapa pelajar tentang pendapat mereka…
PELAJAR 1 :
Seorang pelajar berasal dari Kelantan ( tidak ingin didedahkan identitinya ), dia dah belajar bahasa arab ni sejak dia peralihan lagi.. peralihan ni maksudnya kelas sebelum masuk tingkatan 1. Semua sekolah di Kelantan mengamalkan sistem ni sehingga 2006.. Menurutnya, dia dah belajar bahasa arab ni selama 10tahun ( sehingga sekarang ), namun masih tidak mampu bercakap bahasa arab dengan lancar.
Soalan: Kenapa masih tidak dapat bercakap bahasa arab?
Jawapan: Menurutnya, sebenarnya kerana kawan-kawan juga. Kalau nak cakap bahasa arab, kawan-kawan yang lain pasti akan cakap “ oloh cakap bahasa arab”. Keadaan seperti ini akan melemahkan semangat kita untuk mempraktikkan bahasa arab.
Soalan: Apakah pandangan anda mempelajari bahasa arab di USIM?
Jawapan: Pada pendapat saya, dah hampir 3 tahun belajar di USIM, rasanya memang sukar nak dapat cakap bahasa arab dengan lancar, memandangkan sehingga sekarang penguasaan bahasa arab masih kurang…
PELAJAR 2 :
Seorang pelajar berasal dari Selangor (tidak ingin mendedahkan identitinya), dia dah belajar bahasa arab ni dari sekolah rendah lagi. Menurutnya, dia masih tidak mampu bercakap bahasa arab dengan lancarnya disebabkan bi’ah. Maksudnya keadaan sekeliling tidak mendorongnya untuk bercakap bahasa arab.
Sebagai contoh, di USIM kita semua dikelilingi dengan pelajar Melayu-melayu tulin. Bilangan pelajar antarabangsa adalah terlalu sedikit. Sekarang ni, bila nak bercakap dengan budak-budak cina je menggunakan bahasa arab itupun bercampur dengan perkataan English lagi.
Dia hanya akan bercakap bahasa arab hanya bila dipaksa. Contohnya pada sem ini, ust Hamadallah menetapkan sesiapa yang bercakap menggunakan bahasa selain bahasa arab akan ditolak markah. Peraturan ni sebenanrya amat membantu pelajar-pelajar mempraktikkan bahasa arab, tapi pelajar masih juga bertutur menggunakan bahasa melayu.
Contohnya, minggu lalu, 4hb Februari… semua pelajar diminta menulis nama lagu di depan bilik ustaz Hamadallah, semua sibuk bercakap sesame sendiri dengan menggunakan bahasa Melayu.. tiba-tiba, ust Hamadallah yang sebenarnya memang ada di dalam biliknya membuka pintu. Semua pelajar terkejut sehingga tak mampu berkata-kata. Secara spontan semua bertutur menggunakan bahasa arab.. betapa kuatnya azam dan tekad pelajar FPBU bercakap bahasa arab ketika itu.
PELAJAR 3 :
Seorang pelajar berasal dari Sabah ( sebenarnya aku sendiri ) .. Dah belajar bahasa arab ni sejak sekolah rendah lagi. Sejak aku tahun 1. Kalau nak dikira dah hampir 15 tahun aku belajar bahasa arab ni. Namun, aku masih lah tergolong orang-orang yang lemah dalam penguasaan bahasa arab.
Sebenarnya aku pelik dengan diri aku sendiri.. Setiap kali Dekan FPBU atau mana-mana pensyarah mempertikaikan pasal benda ni, aku jadi sedih dan terfikir kenapa aku masih tak boleh bercakap bahasa arab. Sedangkan Nahu pun aku tak lepas lagi. Rasa bengong je. Aku masih ingat lagi, Dekan FPBU selalu membandingkan kami dengan budak cina yang boleh bercakap bahasa arab hanya dalam 2 tahun. Sedih jugalah. Semangatlah konon nak belajar bahasa arab lepas tu, tapi sampai sekarang…sama je keadaannya.
Sebenarnya di Sabah, bahasa arab ni memang kurang. Sedangkan time STA / STAM pun, aku nak jawab exam tu berpandukan buku teks yang tebal tu.. nak buku rujukan kena order dari semenanjung ni. Itupun banyak yang kurang. Kalau dibandingkan dengan buku rujukan atau nota-nota untuk pelajar-pelajar kat semenanjung ni, memang banyak kekurangannya. Sedih jugalah, tapi dah berlalu.
So kesimpulannya, aku masih tertanya kenapa aku atau mungkin kawan-kawan masih tak mampu bercakap bahasa arab dengan lancar.. Adakah kerana biah? Kawan-kawan? Atau diri sendiri?
Kita dah ditahun 3. Hanya dua sem je lagi tinggal dan kita akan ke dunia luar. Adakah kita layak graduate dengan kepujian Bahasa Arab dan Komunikasi sekiranya kita masih tak mampu bercakap bahasa arab dengan lancar? Fikirkan…
Kepada kawan-kawan yang hebat dan mampu bercakap bahasa arab…tolonglah aku
9 comments:
salam...sebenarnya kita serupa jer...akk pun lemah..akk krg percaya asiah selemah akk..akk ykin asih boleh buat...k gud luck!!jgn lupa komen blog akk yer..
hye.. but i know u can do it... selamanya i thu dri u yg b'smngat dalam... the great blog!!:-)
sama la sy pn sdh lebih 10 tahun aku bljr bahasa Arab tapi x fasih2 jg b'ckp arab, almaklumlah x praktik tu gak..
anybody can help me dapat cakap arb dengan lancar?
salam. asiah kdg bila akk blk umah, bapa n mak pasti akan tnyer kalimah arab. makna ayat, kdg 2 wat ayat. diorg nak bercakap b.arab.
skrg mak tgh bljr ambik sijil di UIAM. rasa tercabar. =)
InsyaAllah. kena mumarasah lebih..
saya juga tak bisa cakap arab dengan fasih...
blom cukup usaha lagi..truskan usaha anda utk blaja bahasa arab.. chaiyok!
masa dulu2 belajar bahasa arab tak bersungguh, tak tahu pulak masuk universiti ambik kursus ni.
sama2 kita cuba mumarosah. Nahnu nuhawil bijuhdina ala istitoatina
Post a Comment