Monday, February 9, 2009

Cinta Oh Cinta

pada sesape yang bercouple...elakkan keadaan ni, x elok tau


CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”.

Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.

Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup kita?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, saya berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.

Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami ata isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak.

Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina.

Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.

Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.

Sekian dimaklumkan. Bagi mengakhiri artikel ini, diselitkan seloka untuk renungan semua.


Anda telah bersedia untuk bercouple jika...


Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.


Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.


Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.


Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..


Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.


Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..


Anda telah besedia untuk bercouple jika..

Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.


Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..

Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai!



*sekadar renungan bersama..anda semua ada hak menentukan hidup sendiri, namun sebagai umat Islam yang berpelajaran tinggi, elakkanlah diri dari melakukan atau mendekatkan diri kepada perkara-perkara yang diharamkan disisi islam.jaga nama baik islam dan keluarga anda.

7 comments:

zue Tuesday, 10 February, 2009  

salam : akk alhamdulillah tergolong dalam -

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

InsyaAllah. Doakan moga segalanya dipermudahkan ye..

Tq 4 the info..

i am sabahan Tuesday, 10 February, 2009  

to zue :
o, alhamdulillah..kalau begitu,memang layak lah bercouple tapi sepangjang percintaan kena jaga diri dan peribadi...macam sekarang ni, couple pun dah boleh pegang-pegang tangan, padahal tahu dah salah disisi islam...semoga allah melidungi kita... amin

aNiEs Tuesday, 10 February, 2009  

info ni baik.. tp kakak xnak bercinta lg.. nk bljr dlu.. ingat pesan abah juge ibu.. bagaimane ngan adik...

i am sabahan Tuesday, 10 February, 2009  

adik? nak kerja dulu, nak sambung belajar lagi...biar jadi orang atasan membela nasib bangsa melayu...

KAK JE Tuesday, 10 February, 2009  

salam ya ukhti,
ana pn xbrp pndai jgk bhs arab. tp, bhs arab ana lbh baik dr BI. bg ana, anti bknnya xpndai coz dpt anugerah dekan tiap2 sem. mumtaz sgt dh 2. peluang keje pn dlm tgn pny. smpena pengajian kta msh bbki lg 2sem, marilh sm2 kta memurasah dan mtatbiq bckp dlm bhs arab. wailal liqa'.maas salamah...

atiqprincess Thursday, 12 February, 2009  

bnyk pnagajaran dpt diambil..;-)
insyaAllah klu dh jodh x kemana kn??
yg ptg jg dri,igt Allah n pesanan ibu bapa..pesanan utk k.An sdiri n kwn2..bnyk lg kekrgn dlm dri ni..

IBNU TURAB Saturday, 14 February, 2009  

kakje silap tempat komen nih...
Apa2 pun ingat balik janji Allah dalam firmannya:
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.Manakala lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. Nya satu lagi.."Kadang2 apa yang kita rasa baik bagi kita ,padahal buruk natijahnya.dan kadang2 yang kita rasa buruk bagi kita baik natijahnya untuk kita....

Renung2kanlah ...Minat turab ilat turab...

Post a Comment

  ©.